AGENDA

Penyanyi 80-an Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia

17 Dis 2023, 10:45 AM
Penyanyi 80-an Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Penyanyi era 80-an Ibnor Riza Ibrahim meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3.30 petang ini.

Berita pemergian pelantun lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ itu dimaklumkan rakan baik Allahyarham, Nizam Din menerusi satu hantaran di akaun Facebook.

Nizam yang dihubungi BERNAMA menyifatkan Ibnor Riza, 62, merupakan seorang anak seni yang sentiasa merendah diri dan disenangi dalam kalangan artis lama dan baharu serta peminatnya.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarham dari saya berumur 14 tahun hingga kini. Ibnor Riza yang saya kenal sangat kuat semangat walaupun diuji dengan pelbagai penyakit selain tidak lokek ilmu, malah suka berkongsi rezeki menyebabkan beliau disenangi ramai.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan salam takziah buat seluruh keluarga beliau,” katanya.

Pada 2 Disember lepas, media melaporkan penyanyi itu menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kepala berikutan kanser limfoma selepas mengadu sakit kepala dan beliau tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.