ad
AGENSI

Semua muzium seliaan PADAT dibuka setiap hari sepanjang cuti sekolah

17 Dis 2023, 4:00 AM
Semua muzium seliaan PADAT dibuka setiap hari sepanjang cuti sekolah
Semua muzium seliaan PADAT dibuka setiap hari sepanjang cuti sekolah

SHAH ALAM, 17 DIS: Semua muzium bawah seliaan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dibuka setiap hari sepanjang cuti persekolahan.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, tempoh bermula hari ini sehingga 1 Januari 2024 dengan waktu operasi seawal jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Enam muzium bawah seliaan PADAT adalah Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam, Muzium Insitu di Jugra, Kuala Langat dan Muzium Sabak Bernam.

Selain itu, Istana Bandar di Kuala Langat serta Muzium Sejarah Kuala Selangor dan Muzium Permainan Tradisional di Bukit Malawati, Kuala Selangor.

PADAT yang sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Muzium Selangor merupakan organisasi yang memberi tumpuan kepada aktiviti pameran, penyelidikan, penerbitan dan pengumpulan koleksi sejak 1975.

PADAT dinaungi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan berfungsi khusus untuk membangun, memelihara dan menyebar luas adat Melayu dan warisan negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.