AGENDA

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

14 Dis 2023, 7:32 AM
Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 14 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 5 petang.

Menurut MetMalaysia keadaan sama diramal melanda Kuala Lumpur dan Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan,Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.