AGENDA

Hujan lebat diramal landa Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 1 pagi

11 Dis 2023, 1:15 PM
Hujan lebat diramal landa Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 1 pagi
Hujan lebat diramal landa Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 11 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam dan Kuala Selangor hingga 1 pagi.

Menurut agensi itu di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir dijangka turut melanda seluruh Pulau Pinang dan Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_618300" align="aligncenter" width="699"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.