AGENDA

Hujan lebat, ribut petir diramal landa Sabak Bernam hingga 9 malam

9 Dis 2023, 10:32 AM
Hujan lebat, ribut petir diramal landa Sabak Bernam hingga 9 malam

SHAH ALAM, 9 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam hingga 9 malam.

Agensi itu turut menjangkakan cuaca sama berlaku di beberapa daerah di Perak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.