AGENDA

Mangsa banjir Pasir Mas kekal 711 orang di empat PPS pagi ini

9 Dis 2023, 4:08 AM
Mangsa banjir Pasir Mas kekal 711 orang di empat PPS pagi ini

KOTA BHARU, 9 DIS: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal 711 orang daripada 229 keluarga setakat 10 pagi ini, sama seperti direkodkan malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (70 mangsa, 21 keluarga).

Di SMK Baroh Pial terdapat 167 mangsa daripada 55 keluarga manakala dan SK Gual Periok menempatkan 136 mangsa daripada 41 keluarga.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.