AGENDA

Pemandu cedera parah kereta terbabas rempuh kedai

9 Dis 2023, 1:38 AM
Pemandu cedera parah kereta terbabas rempuh kedai

BUKIT MERTAJAM, 9 DIS: Seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan di tepi Jalan Sungai Semambu, Kubang Semang awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.27 pagi sebelum terus ke lokasi dan mendapati mangsa Yap Chun Huat, 30, tersepit dalam keretanya.

"Kereta mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai di tepi jalan dan semasa kemalangan itu tiada sesiapa dalam kedai tersebut serta lelaki berkenaan memandu sendirian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata Yap berjaya dikeluarkan pada 1.52 pagi dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.