AGENSI

Peniaga perlu modal dipelawa mohon skim biaya Hijrah

6 Dis 2023, 2:00 PM
Peniaga perlu modal dipelawa mohon skim biaya Hijrah
Peniaga perlu modal dipelawa mohon skim biaya Hijrah

SHAH ALAM 6 DIS: Peniaga yang memerlukan bantuan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan boleh memohon skim pembiayaan di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Agensi itu memaklumkan di Facebook, pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-BisnesZero To HeroNiaga Darul Ehsan (NaDI) dan Go Digital, i-Bermusim.

Pemohon boleh memuat turun maklumat pembiayaan menerusi https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/ atau pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/.

Pemohon juga boleh menghubungi cawangan Hijrah berhampiran untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan pembiayaan.

Hijrah menyediakan pinjaman kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal.

Sehingga Jun 2023, seramai 58,464 peserta terlibat dengan dana lebih RM768.8 juta. Seramai 34,823 penerima atau 60 peratus adalah usahawan wanita.

Selain itu, Hijrah juga menganjurkan pelbagai program secara percuma seperti kelas strategi TikTok untuk meningkatkan perniagaan secara digital.

Turut diadakan kursus pemasaran bagi memastikan peniaga serta produk yang ditawarkan kepada pelanggan kekal berdaya saing di dalam dan luar negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.