AGENDA

Klang, Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 11 malam

1 Dis 2023, 1:59 PM
Klang, Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 11 malam
Klang, Gombak antara daerah diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 1 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Gombak hingga 11 malam.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir dan angin kencang juga dijangka berlaku di seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, Pahang dan Sarawak

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_616532" align="aligncenter" width="701"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.