ad
AGENDA

Gencatan sementara di Gaza dilanjutkan dua hari lagi

28 Nov 2023, 5:05 AM
Gencatan sementara di Gaza dilanjutkan dua hari lagi

GAZA, 28 NOV: Qatar pada Isnin mengumumkan bahawa gencatan sementara di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari lagi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Gencatan sementara selama empat hari yang berkuat kuasa pada Jumaat lalu dilaksanakan selepas pencerobohan rejim Israel terhadap wilayah yang dikepung sejak 7 Oktober.

Sementara itu, Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengalu-alukan inisiatif berkenaan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Kementerian itu memuji usaha diplomatik Qatar dengan kerjasama Mesir dan Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai tujuan ini.

Jurucakap Kementerian, Sufyan Qudah berkata kepentingan lanjutan berkenaan disifatkan sebagai langkah penting ke arah menamatkan perang di Semenanjung Gaza serta memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan di semua kawasan terjejas.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15,000 orang awam terbunuh, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 cedera.

-- BERNAMA-WAFA-PETRA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.