ad
AGENSI

Gagasan Rumpun Selangor jelajah Kuala Langat, Raja Muda terus dekati rakyat

7 Ogos 2024, 6:15 AM
Gagasan Rumpun Selangor jelajah Kuala Langat, Raja Muda terus dekati rakyat
Gagasan Rumpun Selangor jelajah Kuala Langat, Raja Muda terus dekati rakyat
Gagasan Rumpun Selangor jelajah Kuala Langat, Raja Muda terus dekati rakyat
Gagasan Rumpun Selangor jelajah Kuala Langat, Raja Muda terus dekati rakyat
Gagasan Rumpun Selangor jelajah Kuala Langat, Raja Muda terus dekati rakyat
Gagasan Rumpun Selangor jelajah Kuala Langat, Raja Muda terus dekati rakyat

KUALA LANGAT, 7 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli memulakan Program Eksplorasi Gagasan Rumpun Selangor di Kuala Langat di sini, hari ini.

Bermula 9 pagi  tadi, Tengku Amir Shah berangkat ke mukim Jenjarom untuk santapan pagi bersama penduduk dan berkenan menandatangani plak Rumpun Selangor di Warung Ibu, Jalan Sungai Rambai.

[caption id="attachment_656527" align="aligncenter" width="814"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bersarapan pagi bersama rakyat dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di Warung Ibu, Jalan Sungai Rambai, Jenjarom, Kuala Langat pada 7 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda kemudian berangkat ke Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Langat bagi mendengar sesi taklimat pembangunan daerah selain berkenan bergambar bersama warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Tengku Amir seterusnya melawat Kompleks Islam Daerah Kuala Langat untuk santapan tengah hari sambil menyaksikan persembahan kebudayaan kumpulan Sinar Tunas Cempuleng dari Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Banting.

[caption id="attachment_656528" align="aligncenter" width="812"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berswafoto ketika lawatan dan taklimat pembangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat pada 7 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada petang ini, Baginda dijadualkan melawat SD Guthrie Bhd, Pulau Carey bagi mendengar sesi taklimat berkaitan inovasi industri perladangan.

Pada sebelah malam, Baginda berkenan dibawa ke Warisan Hall Studio, Kampung Sijangkang untuk santapan makan malam.

Penduduk, Siti Zaleha Khalib, 60, meluahkan rasa bangga dapat bertemu dengan Raja Muda yang disifatkan sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.

[caption id="attachment_656530" align="aligncenter" width="744"] Siti Zaleha Khalib, 60. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Tengku Amir Shah sangat mesra dengan rakyat dan sudi mendengar masalah penduduk setempat.

“Program Rumpun Selangor ini berjaya merapatkan jurang hubungan antara istana dan rakyat,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Alway Elyas Al-Haj, 68, kagum dengan Tengku Amir Shah yang sentiasa meluangkan masa untuk bertemu rakyat.

[caption id="attachment_656529" align="aligncenter" width="813"] Mohd Alway Elyas Al-Haj, 68. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ikut pengalaman hari ini kali ketiga saya bertemu Raja Muda, hanya bertopi dan berbaju biasa berjumpa rakyat. Beliau ada pemimpin moden yang mesra rakyat,” kongsinya.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

[caption id="attachment_656531" align="aligncenter" width="808"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan hadir bersarapan pagi bersama rakyat dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di Warung Ibu, Jalan Sungai Rambai, Jenjarom, Kuala Langat pada 7 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Gagasan Rumpun Selangor telah menjelajah ke lima daerah bermula Februari lalu dimulakan dengan Hulu Selangor diikuti Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Selangor.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.