AGENDA

SMK Bandar Saujana Utama 2 dijangka mula operasi Mac 2024

20 Nov 2023, 7:29 AM
SMK Bandar Saujana Utama 2 dijangka mula operasi Mac 2024

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 20 NOV: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Utama 2 dijangka mula beroperasi pada sesi persekolahan Mac tahun hadapan, kata timbalan menteri pendidikan.

Menurut Lim Hui Ying pembinaan sekolah itu siap sepenuhnya pada 30 Ogos lepas dan majlis penyerahan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor disempurnakan pada 27 September lalu.

"Beberapa siri mesyuarat dan lawatan pra pembukaan serta pengoperasian SMK Bandar Saujana Utama 2 telah diadakan bagi mendapatkan gambaran awal bagi memastikan tahap kesediaan sekolah.

“Mesyuarat pra pembukaan sekolah yang seterusnya akan diadakan pada awal Disember 2023." katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk R Ramanan (HARAPAN-Sungai Buloh) yang mahu penjelasan mengenai pembukaan sekolah berkenaan.