ad
AGENDA

Doakan kanak-kanak di Gaza diberi perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman

20 Nov 2023, 4:02 AM
Doakan kanak-kanak di Gaza diberi perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 20 NOV: Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat mendoakan agar semua kanak-kanak khususnya yang berada di Gaza diberikan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman.

Tan Sri Johari Abdul berkata tarikh hari ini penting untuk semua pihak memperbaharui tekad melindungi hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak pada 1995 terutama berkaitan dengan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak.

"Sehingga hari ini, lebih 700,000 kanak-kanak di Gaza kehilangan tempat tinggal, lebih 4,600 orang kehilangan nyawa dan hampir 9,000 orang lagi cedera.

"Marilah kita mendoakan agar semua kanak-kanak khususnya yang berada di Gaza diberikan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman,” katanya lagi.

Johari turut mengingatkan kepada semua pemegang amanah termasuk ibu bapa, penjaga, pendidik, sektor korporat dan awam serta masyarakat seluruhnya agar sentiasa menjalankan tanggungjawab dalam memastikan mereka dapat membesar bebas daripada diskriminasi, keganasan dan eksploitasi dalam suasana yang selamat dan sejahtera.

Beliau memaklumkan Pameran Hari Kanak-Kanak Sedunia akan diadakan di Lobi Utama Parlimen bermula 11 pagi ini, manakala sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia akan diadakan di Foyer Parlimen pada 1 tengah hari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.