ad
AGENDA

Harga tiket kapal terbang lebih terkawal jika kapasiti pesawat ditambah

16 Nov 2023, 6:51 AM
Harga tiket kapal terbang lebih terkawal jika kapasiti pesawat ditambah

SHAH ALAM, 16 NOV: Harga tiket penerbangan lebih terkawal jika syarikat penerbangan menyediakan lebih banyak kapasiti pesawat, kata menteri pengangkutan.

Anthony Loke menjelaskan dengan langkah itu penawaran akan menjadi lebih banyak, sekali gus harga tiket penerbangan lebih seimbang.

“Jumlah kapasiti penerbangan hanya 80 peratus sahaja. Jadi, dalam masa beberapa bulan akan datang, beberapa kapasiti akan ditambah, lebih banyak operasi akan berjalan semula.

“Kita amat mengharapkan supaya lebih banyak penawaran, lebih banyak kapasiti dan lebih banyak pesawat terbang,” katanya menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan harga tiket kapal terbang dipengaruhi banyak faktor termasuk peningkatan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), kenaikan harga minyak dan sewa pesawat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.