ad
AGENSI

Dana RM25 juta bina kompleks Islam di Gombak Permai, pusat agama penduduk setempat

11 Nov 2023, 2:40 AM
Dana RM25 juta bina kompleks Islam di Gombak Permai, pusat agama penduduk setempat

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebuah kompleks Islam akan dibina di Gombak Permai bagi memastikan keselesaan beribadat selain menyediakan pendidikan Islam lebih baik kepada penduduk setempat.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pembinaan kompleks membabitkan peruntukan RM25 juta merangkumi masjid, kuarters imam dan bilal serta dua blok sekolah rendah agama.

"Pembinaan kompleks ini juga akan memberi manfaat dan keselesaan beribadat serta pendidikan agama Islam yang lebih baik kepada penduduk setempat," katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2024 semalam.

Beliau juga berharap pembinaan kompleks oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad akan menjadi salah satu mercu tanda di daerah berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.