AGENDA

Tujuh daerah di Selangor dijangka alami ribut petir hingga 7 malam

5 Nov 2023, 8:55 AM
Tujuh daerah di Selangor dijangka alami ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 NOV: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda tujuh daerah di Selangor sehingga 7 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Selain itu, beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah turut dijangka mengalami cuaca sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.