AGENSI

Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke pameran haiwan

29 Okt 2023, 10:00 AM
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke pameran haiwan
Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke pameran haiwan

SHAH ALAM, 29 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke program pameran Hari Haiwan Sedunia 2023 di SPCA Selangor dekat Ampang, semalam.

Pada program itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menonton demonstrasi daripada unit anjing K9 pasukan Bomba.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, Baginda turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada pencinta haiwan serta menyaksikan penyerahan cek sumbangan.

[caption id="attachment_610657" align="aligncenter" width="623"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke pameran Hari Haiwan Sedunia 2023 di SPCA Selangor dekat Ampang pada 28 Oktober 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office.[/caption]

"Baginda turut melawat ke ruang penjagaan kucing yang diselenggara oleh SPCA Selangor dan reruai pameran yang disediakan.

"Antaranya oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkaitan kesihatan dan alam sekitar," menurut kenyataan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail dan Yang Dipertua MPAJ Dr. Ani Ahmad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.