AGENSI

Karnival kerjaya khas untuk OKU di IDCC Shah Alam 31 Oktober

26 Okt 2023, 7:25 AM
Karnival kerjaya khas untuk OKU di IDCC Shah Alam 31 Oktober

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 OKT: Peluang kerjaya untuk orang kurang upaya (OKU) ditawarkan menerusi karnival kerjaya khas pada 31 Oktober ini, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan Mini Karnival Kerjaya OKU dengan kerjasasama Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diadakan di Pusat ANIS, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Calon diwajibkan membuat pra pendaftaran melalui imbasan kod QR yang terdapat pada poster sebelum menghadiri sesi temu duga. Dokumen peribadi seperti resume dan sijil pencapaian serta pembabitan (jika ada) perlu dibawa.

"Temu duga ini terbuka untuk golongan OKU berusia 18 hingga 30 tahun bagi kategori pembelajaran sahaja.," maklumnya di Facebook

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.