AGENDA

Gas amonia bocor: Kawasan sekitar kilang ais di Ara Damansara dibuka semula

25 Okt 2023, 12:51 PM
Gas amonia bocor: Kawasan sekitar kilang ais di Ara Damansara dibuka semula

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Kawasan sekitar Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, Petaling Jaya, di sini, yang ditutup kepada orang awam susulan berlaku kebocoran gas amonia di sebuah kilang ais semalam, kini dibuka semula.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang mengesahkan perkara itu berkata ia dibuka selepas bacaan indeks pencemaran berada pada tahap normal, pada 5.30 petang tadi.

“Pemantauan secara berkala akan terus dijalankan oleh kenderaan pelbagai guna polis daerah Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis memaklumkan penutupan kawasan yang berkeluasan kira-kira 400 meter persegi itu, ditutup kepada orang awam ekoran bacaan indeks pencemaran melebihi 200 partical per sejuta (ppm) iaitu 240 ppm di dalam kilang dan kawasan sekitarnya kira-kira 200 ppm.

Polis menerima panggilan MERS 999 mengenai kejadian itu pada 10.17 malam tadi dan bergegas ke tempat kejadian yang turut dibantu 27 anggota bomba daripada balai berhampiran.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.