ad
AGENSI

Lebih 36,000 ahli Tawas terima bantuan masuk sekolah Disember ini

24 Okt 2023, 2:37 AM
Lebih 36,000 ahli Tawas terima bantuan masuk sekolah Disember ini
Lebih 36,000 ahli Tawas terima bantuan masuk sekolah Disember ini

SHAH ALAM, 24 OKT: Seramai 36,326 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang bakal memasuki darjah satu tahun depan layak menerima manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS).

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan bantuan persekolahan seperti beg sekolah, kelengkapan alat tulis, bekas makanan dan tabung dijangka mula diberikan Disember ini.

"Penerima membabitkan 49 peratus kanak-kanak perempuan dan 51 peratus lelaki. Proses tuntutan bantuan dijangka bermula Disember ini.

"Muat turun aplikasi Yayasan Warisan Anak Selangor - Yawas sekarang dan mendaftar bagi melancarkan proses tuntutan bantuan,” katanya di Facebook.

Sebelum ini Yawas meminta ibu bapa atau penjaga kepada ahli Tawas kelahiran 2017 yang bakal memasuki tahun satu tahun depan mengemas kini maklumat untuk agihan bantuan.

Tawas antara pelbagai program kebajikan negeri mula dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli akan menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.