AGENDA

Lebih 1,600 kanak-kanak terbunuh akibat pertempuran di Palestin

22 Okt 2023, 6:15 AM
Lebih 1,600 kanak-kanak terbunuh akibat pertempuran di Palestin

RAMALLAH, 22 OKT: Sekurang-kurangnya 1,661 kanak-kanak terkorban akibat kekejaman Israel sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Okt, menurut kenyataan Defence for Children International - Palestine (DCIP) pada Sabtu.

Dalam tempoh yang sama, seramai 27 kanak-kanak dibunuh tentera Israel di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

DCIP berkata jumlah kematian membabitkan kanak-kanak mungkin meningkat, susulan terdapat 1,400 mangsa masih hilang.

Kanak-kanak Palestin yang terselamat dalam siri pengeboman di seluruh Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan yang teruk.

“Menyaksikan kematian kanak-kanak lain memburukkan lagi pengalaman pahit mereka, meninggalkan parut yang amat memilukan dalam jiwa kanak-kanak ini. Apatah lagi, kehilangan anggota keluarga dalam sekelip mata.

“Kanak-kanak yang sebelum ini merasa selamat dan selesa dalam dakapan keluarga kini menjadi yatim piatu,” menurut pertubuhan itu.

-BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.