ad
ADN

Permohonan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Bandar Utama dibuka hingga 25 Oktober

16 Okt 2023, 2:30 AM
Permohonan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Bandar Utama dibuka hingga 25 Oktober
Permohonan baucar Jom Shopping Deepavali DUN Bandar Utama dibuka hingga 25 Oktober

SHAH ALAM, 16 OKT: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama berpendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah dipelawa memohon baucar beli-belah sempena Deepavali sehingga 25 Oktober ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin memaklumkan permohonan inisiatif Jom Shopping dibuka kepada masyarakat yang menyambut perayaan itu dengan syarat mereka adalah pengundi atau penduduk di kawasan berkenaan.

“Sila muat turun borang di pautan tiny.cc/JSP23DeepavaliBU atau dapatkan di pejabat DUN dan hanya permohonan yang berjaya akan dihubungi.

“Hanya satu pemohon saja layak bagi setiap keluarga dengan menyertakan dokumen lengkap seperti salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan atau akaun bertulis sekiranya bujang, sijil kematian bagi pasangan meninggal dunia dan bukti pendapatan ,” katanya menerusi Facebook.

Jamaliah menambah penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) tidak layak memohon baucar RM200 itu.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang bakal memanfaatkan 82,400 penerima.

Selain Deepavali, program bantuan iu turut diberi kepada keluarga kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.