AGENDA

Dana RM333 juta penuhi keperluan, kebajikan Orang Asli

13 Okt 2023, 11:21 AM
Dana RM333 juta penuhi keperluan, kebajikan Orang Asli

SHAH ALAM, 13 OKT: Keperluan dan kebajikan komuniti Orang Asli terus diberi perhatian apabila kerajaan memperuntuk sejumlah RM333 juta untuk golongan berkenaan tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu, RM28 juta diguna untuk mempergiatkan program pembangunan usahawan serta penanaman semula ladang Orang Asli di Hulu Langat serta Batang Padang, Perak.

"Peruntukan juga mencakupi pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi, prasarana di perkampungan Orang Asli dan pemberian bantuan sosial," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.