AGENDA

Rancangan tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 antara 33 projek diberi keutamaan

13 Okt 2023, 10:30 AM
Rancangan tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 antara 33 projek diberi keutamaan

SHAH ALAM, 13 OKT: Rancangan tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 turut tersenarai dalam 33 projek utama tahun depan melibatkan kos keseluruhan RM11.8 bilion.

Perdana menteri berkata turut disenaraikan Lembangan Sungai Pahang, Pahang; Sungai Jelai Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Sungai Likas Kota Kinabalu, Sabah; Kuching Fasa 2, Sarawak;Baling Fasa 2, Kedah; dan pembangunan lembangan ungai Bersepadu, Sungai Kelantan Fasa 2, Kelantan.

"Surat Setuju Terima (SST) bagi 24 projek dijangka dikeluarkan bulan ini melibatkan kos keseluruhan RM5.1 bilion manakala bakinya dikeluarkan pada suku tahun 2024.

"Sementara itu, bagi mengurang risiko air bertakung dan banjir kilat, RM20 juta disediakan kepada 150 pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak," katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Belanjawan 2024.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.