AGENDA

Pembentangan Belanjawan 2024 petang ini dinanti seluruh rakyat

13 Okt 2023, 7:52 AM
Pembentangan Belanjawan 2024 petang ini dinanti seluruh rakyat

PUTRAJAYA, 13 OKT: Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen petang ini dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat.

Belanjawan 2024 adalah belanjawan kedua yang dibentangkan oleh beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 Nov 2022.

Anwar, yang berpakaian baju Melayu berwarna ungu muda lengkap bersamping, membawa beg dokumen berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2024 sebelum meninggalkan Kementerian Kewangan pada 3.13 petang untuk ke Parlimen.

Beg dokumen Belanjawan 2024 berwarna hitam bermotifkan corak ‘Arabesque’ merupakan hasil tangan seorang pengusaha batik tempatan berasal dari Kelantan.

Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Terdahulu, sebelum memulakan perjalanan, Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail mengetuai bacaan doa bagi mendapatkan keberkatan.

Belanjawan 2024 bertema ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ merupakan dasar penting dan menyeluruh selain memacu pertumbuhan ekonomi serta membela rakyat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.