AGENDA

Jualan ayam potong 1.5 kg harga RM12 mulai hari ini hingga Ahad

13 Okt 2023, 3:28 AM
Jualan ayam potong 1.5 kg harga RM12 mulai hari ini hingga Ahad

SHAH ALAM, 13 OKT: Orang ramai berpeluang membeli ayam potong (campur) seberat 1.5 kilogram dengan harga RM12 di empat premis Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), mulai hari ini hingga Ahad.

Agensi itu memaklumkan jualan promosi diadakan di Wisma PKPS (Seksyen 14 Shah Alam), Ehsan PKPS (Seksyen 9 Shah Alam), Ehsan PKPS (Jalan Muafakat 1, Taman Dato Bandar, Meru) dan Kiosk Ehsan (Selangor Fruit Valley).

“Jom serbu empat cawangan Ehsan kami. Promosi berlangsung tiga hari sahaja. Stok adalah terhad, rebut sementara stok masih ada,” maklum agensi itu di Facebook.

PKPS memaklumkan harga asal ayam potong campur itu ialah RM16.50 dan diskaun RM4.50 diberikan sepanjang promosi berlangsung.

Sebelum ini, PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri lalu.

Jualan Mega Ehsan Aidilfitri pada pada 15 dan 16 April itu mencatat jualan sebanyak 30,000 ekor ayam dan 10,712 papan telur.

Dalam usaha meringankan beban rakyat, PKPS turut menganjurkan program Jualan Ehsan Rakyat (JER) di pelbagai lokasi seluruh negeri pada setiap hari kecuali Jumaat.

Mulai 1 Ogos, agensi itu turut bekerjasama dengan pasar raya Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.