AGENSI

Anak jati Selangor mara ke kejohanan dunia FIM Mini GP di Sepanyol

11 Okt 2023, 9:30 AM
Anak jati Selangor mara ke kejohanan dunia FIM Mini GP di Sepanyol
Anak jati Selangor mara ke kejohanan dunia FIM Mini GP di Sepanyol
Anak jati Selangor mara ke kejohanan dunia FIM Mini GP di Sepanyol

Oleh SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 OKT: Anak jati Selangor Emil Idzhar Ezuan antara pelumba motosikal 190cc yang meraih tiket ke kejohanan dunia FIM MiniGP di Valencia, Sepanyol bulan depan.

Bangga dengan pencapaian Emil Idzhar, 16, bapanya Ezuan Baharuddin, 42, berkata anak sulung dari empat beradik itu pernah bertanding ke Qatar, Indonesia, Jepun dan Thailand.

"Untuk perlumbaan akan datang Emil Idzhar berhasrat meraih kedudukan ketiga atau kelima dalam kejohanan dunia FIM MiniGP, agak mencabar kerana ini kali pertama dia sertai kejohanan ini.

"Sebagai ibu bapa kami menyokong apa jua minat Emil Idzhar dan berharap yang terbaik berpihak buatnya pada kejohanan akan datang," katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_607004" align="aligncenter" width="814"] Emil Idzhar meraih tempat ketiga dalam FIM MiniGP Malaysia baru-baru ini. Foto Facebook Ahmad Azri[/caption]

Berkongsi minat anaknya yang bermula sejak usia enam tahun, Ezuan berkata cinta berputik selepas Emil Idzhar melihat bapa saudara dan sepupunya yang turut menyertai sukan itu.

"Disebabkan itu saya dan isteri mengambil keputusan untuk daftarkan dia sertai sukan motosikal mini 50cc (ketika usia enam tahun) dan Alhamdulillah kini dia berjaya tandatangani kontrak sebagai atlet di bawah Litar Antarabangsa Sepang (SIC)," katanya.

[caption id="attachment_493037" align="aligncenter" width="799"] (Dari kini) Emil Idzhar Ezuan, Farres Putra Fadhill dan Farish Hafiy Farid Sezli menjadi pemenang keseluruhan FIM MiniGP Malaysia Series 2021 pada 24 Okt 2021. Foto Facebook FIM MiniGP Malaysia[/caption]

Ezuan turut berterima kasih dengan sumbangan dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI pada perlawanan FIM MiniGP Malaysia di Litar Go-Kart Antarabanga Sepang baru-baru ini.

Akui sukan permotoran itu memerlukan perbelanjaan yang besar, Ezuan berkata beliau sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya demi memastikan impiannya untuk menjadi pelumba motosikal dunia satu hari nanti berjaya.

"Terima kasih kepada MBI kerana memberi sumbangan tunai yang sedikit sebanyak amat membantu kami menghantar Emil Idzhar ke kejohanan seterusnya," katanya yang menetap di Kampung Labohan Dagang, Banting.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.