AGENDA

PM, Erdogan bincang isu Palestin

10 Okt 2023, 12:37 AM
PM, Erdogan bincang isu Palestin

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel.

Anwar menerusi catatan di X lewat malam tadi memaklumkan, perbincangan itu diadakan menerusi perbualan telefon.

“Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” menurut catatan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.