AGENSI

Jualan Ehsan Rahmah temui orang ramai di tiga lokasi hari ini

7 Okt 2023, 3:34 AM
Jualan Ehsan Rahmah temui orang ramai di tiga lokasi hari ini
Jualan Ehsan Rahmah temui orang ramai di tiga lokasi hari ini

SHAH ALAM, 7 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini.

Program yang bermula dari 10 pagi hingga 1 tengah hari itu berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah; Menara MyIPO PJ Sentral dan Balai Raya Haji Yusuf, Parit 6 Barat, Sabak.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.