AGENSI

Permatang, Dengkil antara lima lokasi jualan murah esok

29 Sep 2023, 2:00 AM
Permatang, Dengkil antara lima lokasi jualan murah esok
Permatang, Dengkil antara lima lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke lima lokasi esok.

Program yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung di Jalan Permai H (Teratai), Padang Astaka Tangjong Karang (Permatang) dan Balairaya Kampung Selangor Dredging (Dengkil).

Jualan sama turut berlangsung di Dewan Orang Ramai Sungai Lui (Dusun Tua) dan Bandar Baru Salak Tinggi Walk (Sungai Pelek)

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.