ad
AGENDA

MB yakin persamaan budaya Malaysia-Indonesia bantu teroka peluang ekonomi

25 Sep 2023, 5:57 AM
MB yakin persamaan budaya Malaysia-Indonesia bantu teroka peluang ekonomi
MB yakin persamaan budaya Malaysia-Indonesia bantu teroka peluang ekonomi
MB yakin persamaan budaya Malaysia-Indonesia bantu teroka peluang ekonomi

SHAH ALAM, 25 SEPT: Dato’ Menteri Besar memanfaatkan sesi dialog dan ramah mesra bersama diaspora Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam bagi menjelaskan hala tuju ekonomi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Facebook berkata persamaan budaya antara Malaysia dan Indonesia membantu Kerajaan Negeri meneroka potensi ekonomi lebih luas demi manfaat rakyat.

“Beberapa hari lalu Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentang oleh perdana menteri telah selesai kelulusan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Antara perkara yang ditekankan adalah meningkatkan siling dan lantai ekonomi, menjadikan Malaysia sebagai berpendapatan tinggi, membawa Malaysia antara 30 pemain ekonomi terbesar di Asia dan dunia, serta usaha menangani isu perubahan iklim,” katanya.

[caption id="attachment_604526" align="aligncenter" width="809"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari bercakap ketika Majlis Rahmah Mesra dan Sesi Dialog Bersama Diaspora Malaysia di Hotel Manhattan, Jakarta pada 24 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Program itu turut disertai Duta Besar Malaysia ke Indonesia Dato' Syed Md Hasrin Tengku Hussin, kakitangan Kedutaan Besar Malaysia, dan ahli Malaysia Club Jakarta (MCJ).

Amirudin menjelaskan kerajaan melaksana Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) bagi mengangkat Malaysia sebagai peneraju serantau bagi tenaga boleh baharu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga tidak boleh diperbaharui.

Menurutnya Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang diperkenal menyasarkan membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan serta menawar manfaat menyeluruh kepada pihak berkepentingan.

“Diaspora Malaysia di Jakarta turut diberi pencerahan mengenai pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dirangka untuk memacu Selangor menjadi negeri pintar, berdaya huni dan makmur.

“Saya turut mengulas hala tuju buat lima tahun hadapan untuk pentadbiran Selangor. Semoga pertemuan ini mengeratkan silaturahim antara Jakarta dan Selangor seterusnya mencetus peluang ekonomi kepada negeri,” katanya.

[caption id="attachment_604532" align="aligncenter" width="769"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman bersama diaspora Malaysia ketika hadir Majlis Rahmah Mesra dan Sesi Dialog Bersama Diaspora Malaysia di Hotel Manhattan, Jakarta pada 24 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.