AGENDA

Mangsa banjir di tiga negeri kekal 274 orang pagi ini

25 Sep 2023, 2:57 AM
Mangsa banjir di tiga negeri kekal 274 orang pagi ini

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Perak, Sabah dan Sarawak kekal dengan 274 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 pagi ini.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah di daerah Kerian ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Changkat Lobak.

Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak pula sehingga kini masih tidak boleh dilalui kerana keadaan air yang masih belum surut sepenuhnya.

Di Sabah, seramai 224 mangsa daripada 70 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan.

Di Sarawak pula seramai 12 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.