ad
AGENDA

Negeri mahu kerjasama dengan SPNB, bangun projek perumahan untuk rakyat

21 Sep 2023, 10:32 AM
Negeri mahu kerjasama dengan SPNB, bangun projek perumahan untuk rakyat
Negeri mahu kerjasama dengan SPNB, bangun projek perumahan untuk rakyat
Negeri mahu kerjasama dengan SPNB, bangun projek perumahan untuk rakyat

SHAH ALAM, 21 SEPT: Kerajaan Selangor berharap dapat bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membangunkan projek perumahan kepada rakyat negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pendekatan itu mampu menampung permintaan perumahan yang semakin bertambah susulan migrasi rakyat negeri luar ke Selangor.

“Kerajaan Negeri sebelum ini memang berharap kepada sektor swasta untuk pembinaan. Kita harapkan SPNB mungkin boleh bantu dan turun bersama sediakan perumahan dengan skop yang telah disiapkan.

“Dalam beberapa tahun lepas kita telah mengubah polisi dengan mengembalikan (projek pembinaan) rumah kepada golongan bujang. Ia sebenarnya ada keperluan dalam Selangor yang mengalami migrasi besar penduduk,” katanya.

[caption id="attachment_603912" align="aligncenter" width="800"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Dialog bersama Timbalan Menteri Kewangan II sempena Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 21 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berucap pada Majlis Dialog bersama Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong sempena Jelajah Belanjawan 2024 ke Selangor di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Amirudin menambah sejak penggal lepas, Selangor berjaya melaksanakan banyak projek perumahan meskipun berdepan pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

“Cuma kita mahu menggalakkan SPNB datang dengan dana tertentu untuk kita bantu dan selaras projek pembinaan perumahan kerana dasarnya sudah ada,” katanya.

[caption id="attachment_560566" align="alignnone" width="761"] Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama pemilik selepas menyerahkan simbolik Rumah Selangorku Kemuning Idaman di Klang pada 13 Januari 2023. Foto ihsan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri[/caption]

Menjelang 2025, Kerajaan Negeri menyasar pembinaan 60,000 unit kediaman menerusi Dasar Perumahan Rumah Selangorku 3.0.

Penambahan dibuat susulan pembangunan rumah mampu milik mencapai sasaran awal 30,000 unit pada 2023.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.