AGENDA

MBSA juara Liga Bola Tampar Jemputan PKNS, bawa pulang RM10,000

17 Sep 2023, 1:30 PM
MBSA juara Liga Bola Tampar Jemputan PKNS, bawa pulang RM10,000
MBSA juara Liga Bola Tampar Jemputan PKNS, bawa pulang RM10,000
MBSA juara Liga Bola Tampar Jemputan PKNS, bawa pulang RM10,000
MBSA juara Liga Bola Tampar Jemputan PKNS, bawa pulang RM10,000

SHAH ALAM, 17 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) muncul juara kejohanan Liga Bola Tampar Jemputan PKNS selepas menewaskan PKNS Eagle pada perlawanan akhir hari ini.

MBSA yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) menang dengan keputusan 3-0 dalam aksi lebih sejam di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4 di sini.

[caption id="attachment_603355" align="aligncenter" width="791"] Sebahagian aksi perlawanan di antara Pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menentang PKNS Eagle bagi kejohanan Liga Bola Tampar jemputan PKNS di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4, Shah Alam pada 17 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Agak seimbang pada set pertama, skuad kendalian Shamsaimon Mohd Sharit meraih kelebihan sebelum mencatat kemenangan 25-16.

Bersambung babak kedua, MBSA dilihat menguasai permainan pada awalnya, namun lawan tampil agresif untuk mengikat mata 24-24 sebelum kembali memimpin perlawanan dan menang 27-25.

MBSA kemudian memperkemas corak permainan dan menutup pertarungan set ketiga dengan keputusan 25-22, sekali gus mengesahkan kemenangan dalam kejohanan julung kali itu.

Shamsaimon ketika ditemui bangga dengan corak permainan dipamerkan anak buahnya biarpun berdepan lawan yang kebanyakannya terdiri daripada pemain senior.

[caption id="attachment_603358" align="aligncenter" width="806"] Ketua Jurulatih MBSA Shamsaimon Mohd Sharif ketika ditemui media bagi kejohanan Liga Bola Tampar Jemputan PKNS di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4, Shah Alam pada 17 September 2023. Foto
NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Saya tidak menyangka pasukan menang 3-0 memandangkan kita tahu PKNS mempunyai pemain bagus, malah mereka sendiri ada pemain terbaik Malaysia.

“Tetapi taktikal yang dirancang daripada segi pertahanan dan serangan balas untuk matikan bola membuahkan hasil. Tahniah kepada pasukan kerana bermain dengan cemerlang serta mengikut arahan,” katanya.

Kemenangan itu melayakkan MBSA membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi dan pingat, manakala PKNS Eagle meraih RM6,000 juga trofi dan pingat yang disampaikan EXCO Sukan Najwan Halimi.

[caption id="attachment_603359" align="aligncenter" width="762"] Pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam bergambar bersama EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi selepas diumum juara bagi kejohanan Liga Bola Tampar jemputan PKNS di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4, Shah Alam pada 17 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Berlangsung sejak 12 September, sebanyak lapan pasukan berentap pada kejohanan anjuran PKNS dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dan MBSA.

Pasukan lain terlibat termasuklah Kelantan yang sebelum itu menumpaksan Sabah Rhino bagi penentuan tempat ketiga, selain Kuala Lumpur Shark, Johor Tiger, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Gladiator dan Sekolah Sukan Bukit Jalil.