SHAH ALAM, 17 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sepang sehingga jam 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca buruk itu juga diramal berlaku di beberapa daerah Kedah, Pahang, Johor, Sarawak, dan Sabah.
Keadaan sama diramal melanda seluruh daerah di Perak, Kelantan dan Putrajaya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



