AGENSI

Jualan murah di DUN Hulu Bernam, Dengkil, Ijok esok

17 Sep 2023, 10:00 AM
Jualan murah di DUN Hulu Bernam, Dengkil, Ijok esok
Jualan murah di DUN Hulu Bernam, Dengkil, Ijok esok

SHAH ALAM, 17 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) diteruskan ke tiga lagi lokasi esok dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga murah bermula jam 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di Dataran Niaga Felda Gedangsa (DUN Hulu Bernam), Dewan Taman Changgang Jaya (DUN Dengkil) dan laman warung Kg Western, Jln Haji Sarif 1, Batu 8 (DUN Ijok).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.