AGENSI

Usahawan muda dipelawa tingkatkan ilmu dalam perniagaan digital, sertai seminar e-Dagang

13 Sep 2023, 8:50 AM
Usahawan muda dipelawa tingkatkan ilmu dalam perniagaan digital, sertai seminar e-Dagang

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 13 SEPT: Sprii Commerce mempelawa usahawan muda menyertai seminar e-Dagang #4 pada 21 September ini.

Agensi itu memaklumkan, program yang mendapat kerjasama Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) itu ditaja khusus buat usahawan muda.

“Dunia perniagaan digital yang sangat luas dengan pelbagai platform baru membuka peluang usahawan muda untuk berjaya.

“Gabungan pelbagai platform jualan yang popular, gerbang bayaran, kaedah penghantaran dalam satu sistem Sprii Commerce merupakan ilmu wajib belajar untuk usahawan muda,” katanya.

Sprii Commerce berkata peserta dibimbing mengenai dunia perniagaan digital oleh panel daripada Sidec, SAY, Hijrah Selangor, senangPay dan NexMind.

“Seminar berlangsung di Sidec, iCity dari 8.30 pagi hingga 2.30 petang yang akan dirasmikan EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi,” katanya.

Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi https://bit.ly/seminar_230921 atau imbas kod QR tertera.