ad
AGENDA

Baik pulih jalan berlubang di MRR2 selesai, laluan dibuka sepenuhnya

7 Sep 2023, 6:34 AM
Baik pulih jalan berlubang di MRR2 selesai, laluan dibuka sepenuhnya
Baik pulih jalan berlubang di MRR2 selesai, laluan dibuka sepenuhnya

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kerja baik pulih dan penurapan semula jalan berlubang di laluan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Kepong ke Ampang selesai dilaksana.

[caption id="attachment_601675" align="alignleft" width="283"] Kerja pembaikan laluan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Kepong ke Ampang yang berlubang pada 6 September 2023. Foto Facebook JKR Gombak[/caption]

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan kerja pembaikan itu siap jam 8 malam tadi dan laluan dibuka sepenuhnya kepada pengguna.

“Kerja pembaikan yang bermula jam 1 petang telah siap dilaksanakan dengan penggantian penutup 'box culvert' dan kerja penurapan semula,” katanya.

Semalam JKR Gombak melaporkan kejadian ‘sinkhole’ (jalan berlubang) sedalam hampir satu meter berlaku di laluan MRR2 dari arah Kepong ke Ampang yang berpunca penutup ‘slab crossing culvert’ patah.

Kejadian tersebut menyebabkan aliran trafik sesak sejauh dua kilometer dan pengguna yang menuju ke arah Ampang dinasihat menggunakan laluan alternatif Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) bagi kelancaran kerja baik pulih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.