ad
AGENDA

Penghantar makanan maut motosikal bergesel bas di Lebuhraya Persekutuan

6 Sep 2023, 8:14 AM
Penghantar makanan maut motosikal bergesel bas di Lebuhraya Persekutuan

SHAH ALAM, 6 SEPT: Seorang penghantar makanan (p-panggilan) maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah bas di Lebuhraya Persekutuan menghala Shah Alam malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.08 malam, mangsa lelaki berusia 22 tahun yang cedera parah anggota badan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, lapor Berita Harian.

Ketua polis daerah Petaling Jaya menjelaskan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai berada di sebelah bas sebelum hilang kawalan dan terjatuh.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan," kata Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Beliau berkata siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan sedang dibuat dan kes disiasat mengikut eksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan penunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan untuk menggunakan laluan khas yang disediakan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

"Polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.