AGENDA

727 kes keganasan rumah tangga di Selangor, ramai mangsa suri rumah

6 Sep 2023, 4:08 AM
727 kes keganasan rumah tangga di Selangor, ramai mangsa suri rumah

SHAH ALAM, 6 SEPT: Sebanyak 727 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di negeri ini antara Januari hingga Julai lalu, dengan kebanyakan mangsa membabitkan suri rumah.

Timbalan ketua polis Selangor berkata punca kes dipercayai akibat perselisihan faham dalam keluarga sehingga mangsa membuat laporan polis, lapor Harian Metro.

Datuk S Sasikala Devi mendedahkan mangsa berusia antara 26 hingga 45 tahun, berdepan pelbagai keganasan seperti penderaan fizikal, emosi dan seksual serta ugutan.

"Selain suri rumah, golongan profesional dan berpelajaran turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan ada kemungkinan segelintir mangsa tidak membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, melemparkan kata-kata kesat yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah individu hingga memberi kesan terhadap emosi mangsa turut dianggap sebagai penderaan.

Sasikala berkata penderaan juga termasuk menahan atau mengurung mangsa dan mengeluarkan percakapan berbentuk ugutan yang mendatangkan ketakutan terhadap diri mangsa.

Tahun lalu, sebanyak 1,285 kes dilaporkan di Selangor, 1,751 kes (2021) dan 1,349 kes (2020).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.