ad
AGENSI

STDC pelawa sertai kursus penyaman udara, fesyen bagi sesi September

26 Ogos 2023, 2:43 AM
STDC pelawa sertai kursus penyaman udara, fesyen bagi sesi September

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 26 OGOS:  Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) mempelawa anak Selangor berusia antara 16 hingga 30 tahun melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal di institusi itu.

Menerusi maklumat di Facebook, STDC menawarkan kursus penyaman udara tahap tiga bagi pengambilan sesi September bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi.

Insititusi itu turut menawarkan tempat bagi pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus rekaan fesyen tahap dua dengan penajaan daripada Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Permohonan kemasukan pelajar untuk sesi September 2023 masih dibuka. Jom belajar kemahiran di STDC,” menurut institusi berkenaan.

Sebarang pertanyaan hubungi 03-3281 2621, www.wasap.my/60193424111/daftarSTDC dan www.wasap.my/601157535792/daftarSTDC atau mendaftar menerusi pautan https://forms.gle/eZChSRUS5gjpxFjAA.

STDC adalah institusi pendidikan teknikal bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran berkualiti dan berdampak tinggi ke arah revolusi industri 4.0.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.