ad
AGENSI

ANIS terbit 20 buku cerita khusus anak istimewa, bantu fahami situasi seharian

22 Ogos 2023, 3:21 PM
ANIS terbit 20 buku cerita khusus anak istimewa, bantu fahami situasi seharian
ANIS terbit 20 buku cerita khusus anak istimewa, bantu fahami situasi seharian

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 22 OGOS: Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) menerbitkan 20 buku cerita khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas mempelajari dan memahami  situasi sosial dalam kehidupan seharian mereka.

Agensi terbabit memaklumkan bahan bacaan asas mengandungi ayat ringkas serta bantuan visual (gambar) yang mudah difahami sekali gus menarik minat anak istimewa  untuk terus membaca.

"Tahukah anda cerita sosial merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai situasi sosial dalam kehidupan mereka?

"Kini anda boleh dapatkan pelbagai jenis cerita sosial (social story) secara percuma," katanya di Facebook.

Antara judul disediakan adalah Dengar Cakap Ibu Bapa, Jom Ke Tandas, Bila Saya Marah, Ayuh Mandi Bersihkan Diri!, Jangan Sentuh Saya!, Jom Menyusun Buku, Buku Cerita Sosial Siri 1 Kebersihan Diri, Jom Makan Makanan Sihat dan Tak Boleh Pukul Kawan!.

Ibu bapa yang berminat boleh melayari  www.anisselangor.com/bukuanis atau mengimbas kod QR tertera bagi memuat turun buku cerita pilihan untuk anak mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.