AGENSI

Jais anjur nikah beramai-ramai, bayaran serendah RM2,000

22 Ogos 2023, 9:00 AM
Jais anjur nikah beramai-ramai, bayaran serendah RM2,000

SHAH ALAM, 22 OGOS: Seramai tujuh pasangan mempelai menyertai program pernikahan beramai-ramai, Aqdun Mubarak di Masjid Kota Kemuning, Klang pada 19 Ogos lalu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata program anjuran bersama Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari) dianjur dengan bayaran serendah RM2,000.

“Pasangan pengantin akan menerima surat perakuan nikah dan kad perakuan nikah seusai sebelum majlis berakhir selain bayaran percuma bagi urusan nikah dan kedua-dua dokumen sokongan itu.

“Keistimewaan lain yang diperolehi adalah set reruai foto (photobooth), pelamin, khidmat fotografi, kek, cenderahati, santapan barakah, jamuan tetamu dan cenderahati pengantin,” katanya di Facebook.

Program yang meliputi dua acara besar iaitu majlis akad nikah beramai-ramai dan walimatulurus itu dirasmikan Pengarahnya Dato' Mohd Shahzihan Ahmad.

Antara objektif program adalah meningkatkan kefahaman peserta dan masyarakat mengenai konsep majlis pernikahan dan walimatulurus yang berlandaskan syarak.

“Ia juga diharap dapat memupuk tingkah laku individu dan masyarakat agar berpegang kepada hukum hakam dan akidah Islam yang benar dengan mengutamakan apa yang wajib,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.