SHAH ALAM, 20 OGOS: Seorang suri rumah mengakui berbaloi apabila hanya berbelanja kurang dari RM50 untuk membeli seekor ayam, sepapan telur, sekapit beras lima kg dan beberapa ikat sayur di Jualan Ehsan Rahmah (JER).
Penghuni Pangsapuri Alam Prima S Suganthi, 30, berharap jualan murah berkenaan kerap dianjurkan di lokasi kediamannya bagi memudahkan penduduk mendapatkan barangan dapur.
[caption id="attachment_598885" align="aligncenter" width="845"]
Suganthi Sinniah, 30,[/caption]
"Sangat berbaloi, barangan berkualiti dan murah. Saya harap jualan murah dapat dianjurkan lebih kerap di kawasan pangsapuri ini bagi memudahkan kami membeli tanpa perlu pergi jauh," katanya.
Beliau antara ratusan pengunjung JER Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di Pangsapuri Alam Prima di sini hari ini.
Bagi Roslinda Jaafar, 38, pula beliau sering memantau Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi memastikan dirinya tidak terlepas lokasi JER seterusnya.
[caption id="attachment_598884" align="aligncenter" width="815"]
Roslinda Jaafar, 38,[/caption]
"JER hari ini tidaklah jauh dari rumah saya di Mentari Court Petaling Jaya. Saya suka berbelanja di JER sebab harganya sangat murah dan dapat berjimat banyak, terima kasih Kerajaan Negeri dan PKPS," katanya.
Sementara itu, Penyelaras JER Muhammad Farid Mustafa berkata sambutan JER di lokasi berkenaan amat memberangsangkan dengan sebahagian pengunjung mula beratur sejak jam 8.30 pagi.
[caption id="attachment_598883" align="aligncenter" width="761"]
Penyelaraas Jualan Ehsan Rahmah, Muhammad Farid Mustafa[/caption]
"Orang sudah beratur awal tetapi kita tetap buka jam 10 pagi kerana tidak mahu ada isu beberapa pihak mengadu PKPS tidak ikut jadual seperti di poster menyebabkan barang habis awal," katanya.
JER diperkenalkan tahun lalu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).
[caption id="attachment_598886" align="aligncenter" width="813"]
Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga ,Shah Alam pada 20 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]
PKPS turut menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.
Agensi itu juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.
Setakat ini JER sudah dianjurkan di 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.


