AGENSI

Pelajar teruja sertai Karnival Usahawan PKNS, platform kembangkan perniagaan

19 Ogos 2023, 12:00 PM
Pelajar teruja sertai Karnival Usahawan PKNS, platform kembangkan perniagaan
Pelajar teruja sertai Karnival Usahawan PKNS, platform kembangkan perniagaan
Pelajar teruja sertai Karnival Usahawan PKNS, platform kembangkan perniagaan

SHAH ALAM, 19 OGOS: Pelajar tingakatan empat Sekolah Menengah Syed Mansor, Batang Kali teruja dapat merasai pengalaman berniaga berskala besar di Karnival Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (KUP) di sini.

Alauddin Razin berkata peluang berniaga dalam karnival di Kompleks PKNS Shah Alam sepanjang tiga hari sejak semalam banyak membantu dirinya berdepan dengan ramai pelanggan secara langsung .

[caption id="attachment_598678" align="aligncenter" width="797"] Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Syed Mansor, Batang Kali Alauddin Razin bercakap kepada media sewaktu ditemu ramah di Karnival Usahawan PKNS di Kompleks PKNS Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI[/caption]

“Selalu hanya berniaga di sekolah tapi kali ini dengan skala lebih besar, lebih ramai. Segala pengalaman dan latihan diberikan PKNS menerusi Program Tunas Niaga (PROTUNe) digunakan sebaiknya.

“Ini peluang yang sangat berharga. Bila dapat pengalaman ini, semangat untuk jadi usahawan lebih kuat,” katanya yang mewakili sekolah menjual makanan dan pakaian.

Sementara itu, pengasas Jijah Satay berkata karnival julung kali dianjurkan itu membantu beliau mempromosikan dan menaikkan semula produk jualannya.

Jelas Nursyahliza Syafrial, perniagaan sate diusahakan sejak 2017 merundum ketika Covid-19 dan beliau berusaha bangkit semula pada tahun lalu.

[caption id="attachment_598677" align="aligncenter" width="734"] Pengasas Jijah Satay, Nursyahliza Syafrial bercakap kepada media sewaktu ditemu ramah di Karnival Usahawan PKNS di Kompleks PKNS Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

“Bagaimanapun usaha tidak berjaya hinggalah saya menyertai Program Usahawan Siswazah (GROW) pada Februari. Dalam beberapa bulan ini perniagaan kembali pulih hasil bimbingan PKNS,” katanya.

KUP 2023 yang julung kali diadakan sejak semalam menawarkan peluang berniaga pelbagai produk kepada hampir 150 usahawan termasuk golongan pelajar.

Selain melibatkan peserta PROTUNe dan GROW, karnival turut menghimpun peserta Program Bina Bangun Usahawan (BizUp) dan Program Usahawan Siswazah Lanjutan (GROW PLUS).

Sepanjang tiga hari, waktu jualan dibuka dari 9 pagi hingga 8 malam dan PKNS menyasarkan potensi jualan sehingga RM60,000.