AGENSI

Teruja dapat berjimat, warga emas berbelanja di jualan murah lebih 10 kali

19 Ogos 2023, 11:00 AM
Teruja dapat berjimat, warga emas berbelanja di jualan murah lebih 10 kali
Teruja dapat berjimat, warga emas berbelanja di jualan murah lebih 10 kali
Teruja dapat berjimat, warga emas berbelanja di jualan murah lebih 10 kali
Teruja dapat berjimat, warga emas berbelanja di jualan murah lebih 10 kali

SHAH ALAM, 19 OGOS: Teruja dapat berjimat setiap kali berbelanja di Jualan Ehsan Rahmah (JER), seorang warga emas beratur awal bagi memastikan dirinya tidak terlepas peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada jualan murah di Dewan Teratai MBSA Seksyen 19 di sini hari ini.

Mengakui sudah lebih 10 kali mengunjungi jualan berkenaan di banyak lokasi, Jenny Hong, 60, berkata barangan yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bukan sahaja murah malah berkualiti.

[caption id="attachment_598692" align="aligncenter" width="726"] Jenny Hong, 60, ketika ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah sempena hari bersama perlangan PKNS di Dewan Teratai MBSA seksyen 19,Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Selain murah, barangannya juga segar dan amat berkualiti. Lebih 10 kali saya berkunjung ke JER memang ia tidak pernah mengecewakan, terima kasih Kerajaan Negeri kerana menganjurkan program ini.

"Perbelanjaan barangan dapur juga menjadi lebih jimat, saya berharap program ini dianjurkan lebih kerap pada masa akan datang," katanya ketika ditemui.

Manakala, Mohd Khalis Maon, 59, yang baharu pertama kali membeli-belah di JER turut teruja dengan harga ditawarkan dan bercadang untuk mengunjungi lagi jualan murah berkenaan selepas ini.

[caption id="attachment_598690" align="aligncenter" width="758"] Mohd Khalis Maon, 59, ketika ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah sempena hari bersama perlangan PKNS di Dewan Teratai MBSA seksyen 19,Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Mulanya saya kesini kerana ada program di dewan sebelah dan kebetulan singgah di JER, tidak sangka harga sangat murah berbanding di pasaran.

"Insya-Allah, jika begini harganya saya bercadang selepas ini mahu membeli-belah barangan asas di JER sahaja," katanya.

Selain itu, Junaidah Kadim, 37, berkata banyak barang boleh dibelinya dengan hanya membawa wang tunai RM50 sahaja.

[caption id="attachment_598691" align="aligncenter" width="745"] Junaidah Kadim, 37, ketika ditemui pada program Jualan Ehsan Rahmah sempena hari bersama perlangan PKNS di Dewan Teratai MBSA seksyen 19,Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Hari ini saya dapat beli macam-macam barang antaranya ayam, telur, ikan, sardin, beras. Terima kasih PKPS, saya harap jualan seperti ini diteruskan," katanya.

JER diperkenalkan tahun lalu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai minggu lalu, PKPS turut menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Setakat ini, JER sudah dianjurkan di lebih 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.