ad
AGENDA

MB ziarah waris mangsa nahas pesawat di hospital Klang

18 Ogos 2023, 2:50 PM
MB ziarah waris mangsa nahas pesawat di hospital Klang

SHAH ALAM, 18 OGOS: Dato’ Menteri Besar menziarahi waris dan keluarga mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini.

Kunjungan Dato’ Seri Amirudin Shari ditemani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Saya berasa sedih dan pilu apabila bertemu waris dan ahli keluarga mangsa nahas. Saya turut merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

"Kerajaan Negeri bersedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan," katanya menerusi laman sosial X.

Terdahulu, Anwar berkata kerajaan sedia membantu pengurusan jenazah 10 mangsa nahas bagi meringankan beban keluarga, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dalam kejadian semalam, 10 individu disahkan maut dengan enam daripadanya adalah penumpang termasuk EXCO Pahang Dato’ Seri Johari Harun dan dua kru pesawat ringan terbabit.

Ketika insiden berlaku, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.