ad
AGENDA

Laluan utama Persimpangan Elmina dibuka selepas proses pembersihan selesai

18 Ogos 2023, 5:41 AM
Laluan utama Persimpangan Elmina dibuka selepas proses pembersihan selesai
Laluan utama Persimpangan Elmina dibuka selepas proses pembersihan selesai
Laluan utama Persimpangan Elmina dibuka selepas proses pembersihan selesai

SHAH ALAM, 18 OGOS: Laluan utama di Persimpangan Elmina (Exit 3504) di sini yang ditutup semalam susulan nahas pesawat yang mengorbankan 10 nyawa dibuka selepas kerja pembersihan pesawat selesai, kata ketua polis negara.

Tan Sri Razarudin Husain berkata proses pembersihan serpihan pesawat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan serta agensi lain sudah mencapai 95 peratus, lapor Astro Awani pagi tadi.

Beliau turut memaklumkan semua mayat mangsa sudah ditemukan dengan usaha mencari cebisan badan mangsa yang tertinggal dalam peringkat akhir.

“Pertama saya nak umumkan pencarian kita di sini telah berakhir dengan kemajuan sekitar 95 peratus. Cuma last touch up untuk bersihkan mungkin ada human remains (saki-baki badan mangsa) yang kita akan ambil.

“Mayat yang dijumpai lengkap satu dan sembilan lagi tak lengkap. Kita telah mengesan dan menjumpai 10 mayat kesemuanya dan cebisan atau anggota badan dalam 15,“ katanya.

Semalam, individu disahkan maut dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) termasuk EXCO Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat yang berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mendapat kebenaran untuk mendarat pada jam 2.50 petang dan terhempas dua minit sebelum mendarat.

Maklumat terkini berkaitan arahan pembukaan jalan berkenaan boleh diperoleh di laman Twitter pengendali Lebuhraya Guthire, Prolintas GCE di pautan twitter.com/GCEtrafik/status

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.