SHAH ALAM, 17 OGOS: Kesemua 10 mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina ditemukan pada jam 10.30 malam ini.
Perakam suara kokpit iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat berkenaan ditemukan jam 10.20 malam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata proses bedah siasat dan pengecaman identiti mayat mangsa bermula malam ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
"Operasi pencarian kedua diteruskan malam ini kesan baki cebisan mayat jika ada," katanya sebentar tadi.


