ad
AGENSI

KDEBWM, pejabat kesihatan daerah bekerjasama hapus tempat biak nyamuk

17 Ogos 2023, 5:11 AM
KDEBWM, pejabat kesihatan daerah bekerjasama hapus tempat biak nyamuk
KDEBWM, pejabat kesihatan daerah bekerjasama hapus tempat biak nyamuk

SHAH ALAM, 17 OGOS: Syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negeri KDEB Waste Management (KDEBWM) membersihkan persekitaran kawasan perumahan Lorong 1, Sekinchan, semalam.

Agensi itu memaklumkan program gotong-royong melibatkan 10 petugas dari cawangan Sabak Bernam untuk memastikan kawasan tersebut terhindar dari pembiakan nyamuk Aedes.

“Penglibatan KDEBWM dalam operasi yang dianjurkan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam ini untuk menjaga keharmonian dan kebersihan kawasan di Selangor,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan pada ME31.

[caption id="attachment_598239" align="aligncenter" width="657"] Pasukan KDEBWM cawangan Sabak Bernam membersihkan longgokan sampah dalam aktiviti gotong-royong cegah pembiakan nyamuk Aedes di kawasan Lorong 1, Sekinchan pada 16 OGOS 2023. Foto Facebook KDEBWM[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.